Skip to main content

Bola Sepak

Conte janjikan 'aksi menarik' buat penyokong Spurs

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

antonio-conte.jpg
Antonio Conte telah berjanji untuk membawa "bola sepak yang menarik" buat Tottenham dalam usaha mendapatkan kepercayaan penyokong.

Pengendali berusia 52 tahun itu dilantik Spurs dengan kontrak 18 bulan berikutan pemecatan Nuno Espirito Santo.

Conte telah menikmati kejayaan sebelum ini dalam bola sepak Inggeris bersama Chelsea, yang dibimbingnya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA sepanjang dua musim.

Berbanding semua pengurus dalam saingan EPL, hanya Pep Guardiola (73 peratus) memiliki peratusan kemenangan yang lebih tinggi berbanding Conte (67 peratus).

Dia juga memenangi Scudetto tiga musim berturut-turut bersama Juventus dan sekali dalam tempoh dua tahun bersama Inter.

Pengurus kelahiran Itali itu kini sedang berusaha untuk membuat impak yang sama di Stadium Tottenham Hotspur bersama pasukan yang kesembilan di peringkat kelab dan antarabangsa kendaliannya.

"Menjadi pengurus Tottenham adalah satu penghormatan yang besar," katanya kepada laman web rasmi kelab itu. "Sekarang saya mahu membalas kepercayaan yang telah diberikan.

"Falsafah kejurulatihan saya sangat mudah: untuk bermain bola sepak yang bagus dan bola sepak yang menarik untuk peminat kami, dengan penuh bersemangat. Untuk mempunyai pasukan yang stabil dan konsisten.

"Peminat berhak untuk mempunyai pasukan yang kompetitif dengan kemahuan untuk melawan. Saya akan melakukan segala-galanya untuk mendapat sokongan mereka."

"Tottenham adalah kelab penting di England dan di seluruh dunia. Mereka memiliki stadium dan tempat latihan sangat indah.

"Kelab dan Daniel Levy sangat mahukan saya. Ini peluang yang baik, penghormatan untuk menerima dan menjadi pengurus.

"Saya telah melihat padang latihan dan saya mahu mula bekerja. Saya tiba di kelab terkemuka.

"Situasi ini mendorong anda dan meningkatkan keinginan untuk melakukan sesuatu yang penting untuk peminat kelab ini."

Advertisement

Must Watch Video