CHELSEA 1 ARSENAL 2
Antonio Conte tidak memahami mengapa pengadil, Anthony Taylor, mengesahkan jaringan pembukaan Alexis Sanchez ketika Chelsea tewas 1-2 kepada Arsenal dalam final Piala FA di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Sanchez meletakkan Arsenal di hadapan dengan gol kontroversi selepas hantaran kepada Aaron Ramsey pada mulanya didapati ofsaid oleh penjaga garisan tetapi pengadil, Taylor, memilih untuk membatalkan keputusan pembantunya itu.
Keputusan itu seolah-olah betul, kerana Ramsey tidak terlibat atau tidak kelihatan mengganggu permainan. Malah, Sanchez mendapat bola selepas ia dikeluarkan N'Golo Kante.
Sementara itu, Conte mengakui bahawa permulaan hambar Chelsea membawa padah -- walaupun dia tidak percaya ia disebabkan oleh sambutan kemenangan Liga Perdana Inggeris -- jurulatih berbangsa Itali itu kecewa dengan keputusan yang membenarkan gol Sanchez.
"Saya fikir, permulaan kami tidak cukup baik. Arsenal memulakan perlawanan dengan lebih baik daripada kami," katanya.
"Secara jujurnya, saya fikir gol selepas tiga minit, dengan cara ini, saya rasa ia (sepatutnya) tidak dibenarkan. Ia ada terkena tangan.
"Benar, ia jelas terkena tangan. Ia amat jelas dan saya tidak faham mengapa pengadil tidak meniupkan wisel pada keadaan ini.
"Tetapi ia boleh berlaku. Pemain membuat kesilapan, pengadil membuat kesilapan. Tetapi pada akhir musim ini, saya melihat banyak kesilapan terhadap kami.
"Bola terkena tangan ketika menentang Manchester United dan Bournemouth dan kemudian mereka menjaringkan gol seperti ini. Kami sama sekali tidak bernasib baik.
"Pemain saya memberikan segala-galanya dalam perlawanan ini. Permulaan kami tidak bagus, kesan dan pendekatan tidak baik dan Arsenal banyak memberi tekanan.
"Selepas itu, kami terpaksa membayar untuk permulaan ini."
Peluang keemasan Mesut Ozil, Danny Welbeck dan Aaron Ramsey diikuti jaringan pembukaan Sanchez memperlihatkan Arsenal bersungguh-sungguh mahu berada di depan sebelum rehat, tetapi Chelsea kembali menemui retak selepas perlawanan dimulakan semula.
Walaupun Victor Moses diusir keluar gara-gara merebahkan badan untuk menagih sepakan penalti, Chelsea mampu merapatkan jurang menerusi Diego Costa tetapi gol kemenangan Ramsey mengejutkan Chelsea.
Keputusan ke atas Moses menjadi satu lagi detik penting bagi Conte tetapi bekas bos Juventus itu lebih kecewa dengan kegagalan pasukannya mengekalkan kedudukan seri, dengan sekadar bertahan 30 saat.
"Pada separuh masa kedua, kami bermula dengan baik dan kami mencipta peluang untuk menyamakan kedudukan. Kad kuning kedua kepada Moses adalah salah satu daripada dua detik penting," kata Conte.
"Saya melihat ada sentuhan terhadap Moses tetapi saya tidak tahu jika ia sentuhan untuk menjadikan penalti atau tidak.
"Walaupun dengan keadaan ini, kami dapat menyamakan kedudukan tetapi kemudian kami melepaskan gol kedua selepas 30 saat. Saya rasa ia adalah detik utama kami tewas.
"Ia adalah sangat sukar. Kami mencipta satu lagi peluang dengan Costa, dan (David) Ospina menyelamatkannya dengan hebat.
"Bermain dengan 10 pemain dan anda mampu menyamakan kedudukan dan kemudian melepaskan gol -- ia adalah masa utama untuk kami tewas"