Bekas penyerang Portugal, Hugo Almeida, yakin pemilihan Sergio Conceicao sebagai ketua jurulatih Porto mampu mengembalikan pasukan itu walaupun kehilangan penyerang utama, Andre Silva.
Kegagalan menjuarai Liga Primeira selama empat musim serta hukuman kerana melanggar peraturan Financial Fair Play menyebabkan Andre Silva membuat keputusan untuk menyertai kelab Itali, AC Milan, dengan nilai perpindahan berjumlah EUR38 juta.
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) juga memaklumkan Porto mengharungi saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2017/18 dengan hanya 22 pemain berbanding 25 buat pasukan lain.
Ia pasti bukan satu permulaan yang menggembirakan Conceicao apabila terpaksa mencari formula untuk mengejar kejuaraan liga pertama sejak empat tahun lalu, namun pemenang tiga kali Liga Primera, Almeida, yakin jurulatih berusia 42 tahun itu akan membawa semula kemasyhuran di Estadio Dragao.
“Kita akan saksikan pemain keluar dan masuk tetapi berdasarkan hasil kerja yang dilakukan Conceicao sebelum ini, saya akan akan kebolehannya,” ujar Almeida.
“Dia adalah anak jati kelab dan bandar ini dan kami mengharapkan kedatangannya akan mengembalikan kejuaraan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pemain Porto, Ruben Neves, dikhabarkan menarik perhatian Chelsea dan Liverpool selepas menjadi kapten paling muda dalam sejarah UCL – 18 tahun 221 hari pada 2015.
“Ruben adalah pemain yang sangat muda dan kadang-kala anda harus pergi mendapatkan peluang untuk diri anda,” kata Almeida.