Skip to main content

Bola Sepak

Cole jalani pembedahan buah pinggang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andrew-cole.jpg
Bekas penyerang Manchester United dan England, Andrew Cole, menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.

Kelab itu mengumumkan semalam bahawa bekas pemain berusia 45 tahun itu menjalani pembedahan di The Manchester Royal Infirmary sebagai sebahagian daripada rawatan beliau untuk keadaan yang dipanggil Focal Segmental Glomerulosclerosis (FSGS).

United berkata Cole akan berehat buat seketika daripada peranannya sebagai duta kelab sehingga pulih sepenuhnya.

Cole yang membuat penampilan buat England sebanyak 15 kali, memenangi gelaran Liga Perdana Inggeri (EPL) sebanyak lima kali dan menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) pada musim pertamanya di Old Trafford.

Advertisement

Must Watch Video