Skip to main content

Bola Sepak

Cody Gakpo akan pertimbang kembali tawaran Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cody-gakpo.jpg
Penyerang Belanda dan PSV, Cody Gakpo, berkata dia akan memikirkan mengenai perpindahan ke Manchester United seandainya kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sekali lagi memberikan tawaran untuk mendapatkannya.

Gakpo antara bintang paling menyerlah dalam Piala Dunia Qatar ketika ini dan dia dilaporkan menarik minat United, Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich menjelang jendela perpindahan bulan depan.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi pemain kedua dalam sejarah Piala Dunia -- selepas Alessandro Altobelli melakukan perkara sama buat Itali pada 1986 -- membuka jaringan dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan dalam satu edisi yang sama.

Dia kemudian berdepan kebuntuan ketika pasukannya menewaskan Amerika Syarikat 3-1 dalam pusingan 16 tetapi berdasarkan prestasi domestiknya musim ini, dia telah menghasilkan 17 gol dan lapan bantuan jaringan daripada 30 perlawanan.

United dilaporkan pasukan paling berminat untuk mendapatkan Gakpo dan telah melakukan usaha untuk mendapatkannya dalam perpindahan lalu dan Gakpo berkata dia akan memikirkan perkara berkenaan sekiranya kelab itu memberikan tawaran baru buatnya dalam beberapa minggu mendatang.

Ditanya mengenai kegagalannya menyertai pasukan EPL berkenaan awal tahun ini, sambil PSV juga gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Gakpo berkata: "Ia amat sukar.

"Saya banyak belajar daripada perkara itu. Selepas ini, saya akan melakukan cara berbeza.

"Saya memikirkan mengenai (perpindahan ke) Manchester United sebelum ini tetapi apabila ia tidak berlaku, saya sudah tidak tahu dan mula meraguinya.

"Kemudian Leeds United pula datang dan saya berfikir sama ada saya patut pegi ke sana atau tidak.

"Kini, saya hanya akan menunggu segala-galanya. Saya masih belum mendengar daripada pihak Manchester United tetapi apabila ia tiba, saya akan memikirkan mengenainya," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video