Ketua jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski, mengesahkan pelantikan Jose Baxter sebagai penolong jurulatih baru Harimau Malaya bagi menggantikan Mark Milligan, yang meninggalkan pasukan itu bulan lalu.
Baxter pernah beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton, sekitar musim 2008 hingga 2012 dan dari 2017 hingga 2018 sebelum mengumumkan persaraannya pada 2021 walaupun dia ketika itu masih berusia 29 tahun.
Nadi Arena bulan lalu melaporkan bahawa seorang jurulatih yang pernah berpangkalan di EPL akan menyertai saf kejurulatihan Harimau Malaya bagi menggantikan Milligan, yang menyertai kelab Liga A Australia, Newcastle Jets.
"Dia akan bersama kami bagi kem latihan kali ini, ia sebenarnya merupakan satu pelantikan yang telah agak lama kami lakukan," katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Dia sudah agak lama berada dalam sistem kejurulatihan skuad kebangsaan.
"Pada awalnya, kami merancang untuk meletakkannya dalam barisan kejurulatihan skuad B-23 negara bersama (ketua jurulatih) Nafuzi (Zain).
"Ia bagi menyokong Nafuzi mendorong daripada segi falsafah buat program skuad B-23 negara kerana kami memiliki perancangan masa depan.
"Kami melihatnya sebagai satu peluang untuk dia menyertai skuad senior kebangsaan dan selepas Mark Miligan meninggalkan pasukan, saya tahu dia boleh menyumbang dengan set kemahiran yang dimilikinya ke dalam pasukan senior dan juga menyuntik apa yang dia dapatkan daripada saya ke dalam skuad B-23, yang akan menjadi sangat penting buat masa depan kita."
Malaysia akan melalui dua aksi persahabatan antarabangsa menentang pasukan di ranking ke-72 dunia, Cape Verde, pada 29 Mei dan 30 Jun ini, sebelum bertemu Vietnam bagi perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun depan.