Skip to main content

Bola Sepak

Cklamovski: Panggilan seterusnya tiada minit permainan, tiada perlawanan, siapa mahu saya pilih?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sumareh.jpg
Ketua jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski, berkata pemilihan Mohamadou Sumareh untuk menyertai skuad kebangsaan bagi aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Nepal minggu depan adalah disebabkan faktor pengalaman.

Menjelang perlawanan di Stadium Sultan Ismail (SSI), Iskandar Puteri itu, penyenaraian nama Sumareh bagi kem latihan pusat kali ini menimbulkan persoalan buat peminat bola sepak tanah air memandangkan pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu hanya memiliki minit permainan minimum bersama Harimau Selatan.

Cklamovski berkata pemilihan itu adalah berdasarkan statistik dan data permainan pemain itu dan bukan hanya berdasarkan aksi liga semata-mata.

"Ini adalah peluangnya untuk memberikan persembahan terbaik," kata Cklamovski dalam sidang media.

"Pada masa sama, ada pemain lain yang amat bagus tetapi tidak terpilih dan saya memahaminya tetapi saya mahu mereka mengubah mentaliti dan terus merebut tempat dalam pasukan ini.

"Apa yang akan kita buat pada waktu rehat antarabangsa seterusnya pada Jun depan? Siapa akan saya pilih?

"Ia kerana liga berhenti pada April, jadi kita tiada pemain untuk dipilih kerana tiada minit permainan, tiada perlawanan sepanjang tempoh itu.

"Liga perlu bekerjasama dengan pasukan kebangsaan untuk mencipta jalinan dan melakukannya secara bersama dengan keputusan yang bijak untuk membantu pemain melakukan yang terbaik," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video