Cklamovski bawa aku ke Arab Saudi!
Zulhelmi Zainal Azam
Disember 25, 2024 13:29 MYT
Disember 25, 2024 13:29 MYT
“Tugasan mencabar buat jurulatih baru Harimau Malaya, bukan nama besar tapi miliki pengalaman luas bola sepak Asia menerusi pencapaian di pentas antarabangsa dan domestik. Welcome to Malaysia and good luck, Saudi here we go!”, itu pendedahan awal saya menerusi ciapan di laman sosial X mengenai jurulatih baru Harimau Malaya, Peter Cklamovski pada 9 Disember lalu.
Tugasan mencabar buat jurulatih baru Harimau Malaya, bukan nama besar tapi miliki pengalaman luas bola sepak Asia menerusi pencapaian di pentas antarabangsa dan domestik. Welcome to Malaysia and good luck, Saudi here we go!⌛️✍️??@ASTROARENA pic.twitter.com/4j50GjqhCK
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ciapan itu dibuat usai undian rasmi Kelayakan Piala Asia 2027 iaitu beberapa hari selepas saya berpeluang bertentang mata dengan dengan ‘bos’ Harimau Malaya itu tatkala Malaysia diletakkan dalam kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos untuk kelayakan berkenaan.
Berdasarkan pertemuan singkat itu, apa yang saya dapat rumuskan mengenai karakter Cklamovski adalah beliau seorang jurulatih yang ‘humble’ dan tenang tapi tampak miliki aura tersendiri walaupun baru berusia 46 tahun, sebaya dengan pengendali baru skuad bawah 23 tahun negara, Nafuzi Zain.
Ciapan saya mendapat reaksi daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang tampak akan mengetuai projek revolusi Harimau Malaya. Baginda kemudiannya bertitah beberapa lagi perkara mengenai Cklamovski dan perancangan terhadap skuad kebangsaan.
“System/falsafah yang sesuai dengan players yang ada. Be more compact, attack and defend as a unit. Discipline is the key, Insha’Allah boleh. Bergson can be naturalised as a short-term measure after completing 5 years in Malaysia, Hidalgo too for the long-term, and with players lain yg ada. JDT players all ready. Coach baru dan sporting director sedang mengumpul data Malaysian players in Super league dan yg berada di luar negara. Its not going to be easy. It needs time, but it has to start now, including development frameworks for long-term. All the best”
System/falsafah yang sesuai dengan players yang ada. Be more compact, attack and defend as a unit. Discipline is the key, Insha’Allah boleh. Bergson can be naturalised as a short-term measure after completing 5 years in Malaysia, Hidalgo too for the long-term, and with players… https://t.co/BFT8TmpRqn
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pendedahan itu kemudian disusuli dengan beberapa laporan ‘follow up’ oleh beberapa ‘page’ bola sepak tanahair dan media tempatan sebelum Cklamovski diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih baru Harimau Malaya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM pada 16 Disember.
Pengumuman itu disertakan dengan latar belakang pengendali dari Australia itu dan sasaran dengan misi utama Cklamovski adalah untuk memastikan skuad negara berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan F bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi, selain memperbaiki ranking FIFA untuk menuju ke kedudukan 100 terbaik dunia.
Bukan tugas mudah tapi saya percaya misi itu terutama layak ke Piala Asia mampu dicapai berdasarkan struktur organisasi baru Harimau Malaya yang bakal dibarisi oleh individu-individu hebat dalam bola sepak seperti legenda The Socceroos, Tim Cahill.
Malah, Tunku Ismail juga tampak sudah melakukan ‘kerja’ dalam merevolusikan skuad negara apabila berjaya mendapatkan tiga bentuk sokongan utama daripada Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino.
Tanpa TMJ ini tidak akan berlaku, slowly but surely!