City layak menang UCL, kata Cancelo

Muzaffar Musa
Februari 15, 2022 10:10 MYT
Joao Cancelo percaya Manchester City "layak menjuarai Liga Juara-juara Eropah (UCL)" sambil berkata pasukannya itu perlu bijak menangani tekanan untuk menamatkan penantian kejuaraan tertinggi Eropah berkenaan.
City terlalu hampir untuk menamatkan penantian mereka sebelum tewas tipis 0-1 kepada Chelsea dalam final UCL musim lalu, di mana Kai Havertz muncul penjaring tunggal dalam babak pertama.
Ia merupakan kali pertama di bawah bimbingan Pep Guardiola, di mana City berhasil melepasi peringkat suku akhir dalam kejohanan itu dan Cancelo berazam untuk membantu pasukannya menamatkan penantian gelaran berkenaan musim ini.
"Kelab ini layak untuk memenangi UCL," kata Cancelo menjelang perlawanan pertama pusingan 16 menentang Sporting CP awal pagi esok.
"Ia adalah apa yang diusahakan kelab ini dan apa yang kami mencuba untuk lakukan musim ini.
"Pasukan ini sedang melalui fasa yang bagus. Kami tidak banyak dibolosi dan menjaringkan banyak gol.
"Ia mencerminkan usaha yang kami lakukan setiap hari. Kini kami boleh menumpukan kepada UCL. Berdepan Sporting, ia perlawanan yang kami mahu menang.
"Kami pasukan yang amat kuat. Pemain yang kami miliki tahu bagaimana untuk menangani tekanan untuk ke final UCL -- tetapi kami tewas kepada pasukan terbaik Eropah. Kami perlu menerima tekanan ini," katanya.

CANCELO ? We're a very strong team. The players we have know how to deal with the pressure of getting to the #UCL final - but we are up against the best teams in Europe. We need to embrace pressure.

— Manchester City (@ManCity) February 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Manchester City #Pep Guardiola #Liga Juara-Juara Eropah #Joao Cancelo
;