United bimbingan Alex Ferguson mencipta sejarah dalam musim 1998-99 dengan menjuarai Piala FA, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan tiada pasukan Inggeris lain pernah mengulangi kejayaan itu.
Bagaimanapun, City masih bersaing dalam kesemua tiga kejohanan itu musim ini sambil pengurus mereka, Pep Guardiola, enggan terlalu memperkatakan mengenai potensi pasukannya meraih gelaran 'treble' itu kerana persaingannya masih berjalan dengan hebat.
City membawa kelebihan agregat 3-0 menjelang perlawanan suku akhir kedua UCL menentang Bayern Munich di gelanggang lawan awal pagi Khamis ini dan mereka juga akan menghadapi pasukan dari liga divisyen kedua, Sheffield United, dalam separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley hujung minggu ini.
Dalam saingan EPL pula, City kini hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Arsenal, tetapi berkelebihan satu perlawanan dalam tangan menjelang pertemuan dengan pasukan bimbingan Mikel Arteta itu di Stadium Etihad minggu depan.
Dengan keadaan terkini, Neville mengakui berasa bimbang City mungkin akan dapat mengulangi kejayaan bersejarah United itu hujung musim ini.
"Saya fikir pertemuan mereka dengan Bayern Munich amat luar biasa," katanya dalam Gary Neville Podcast.
"Bayern bermain dengan amat baik dalam separuh masa pertama dan Guardiola berkata selepas perlawanan itu bahawa dia masih berasa bimbang. Saya dapat rasakannya kerana Bayern kelihatan amat berbahaya dan tajam.
1 - The probability of winning the Premier League this season based on our prediction model:
— OptaJoe (@OptaJoe) April 16, 2023
Now:
65.6%- Manchester City
34.4% - Arsenal
On Friday:
53.1% - Manchester City
46.9% - Arsenal
Widening. pic.twitter.com/n8FhvAa7FG
"Dia merehatkan pemainnya ketika bertemu Leicester kerana dia sedar mereka akan bertandang ke Arena Allianz dan ia akan menjadi perlawanan yang sukar.
"Jika Bayern mendapatkan gol, ia akan menjadi seperti Anfield, di mana mereka boleh menjaringkan dua atau tiga gol lagi.
"Mereka melalui minggu yang hebat. Untuk menang 3-0 dan menewaskan Liverpool 4-1, mereka sedang menikmatinya, mereka bermain dengan amat baik. Mereka amat serius ketika ini dan sedang berada dalam dalam prestasi terbaik.
"Mereka memiliki Rodri, Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan di bahagian tengah, pemain terbaik yang anda boleh ada. Di bahagian depan, Erling Haaland, Jack Grealish dan Riyad Mahrez juga sudah dapat menyesuaikan diri. Mereka kini sentiasa menjaringkan gol.
"Treble ada diperkatakan minggu lalu, mereka sememangnya mampu. Mereka boleh memenangi Piala Eropah, Piala FA dan EPL.
"Ia perjalanan yang masih jauh, mereka akan berdepan lawan yang mampu menyekat laluan mereka: Real Madrid dalam UCL, Manchester United atau Brighton dalam Piala FA atau mereka boleh tewas kepada Arsenal di Etihad tetapi mereka sudah amat-amat hampir untuk melakukannya. Sukar tetapi amat-amat hampir," katanya.