Skip to main content

Bola Sepak

City kekal tenang kerana musim masih panjang, kata Guardiola selepas ke tangga teratas EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

guardiola_1.jpg
Pep Guardiola tidak tertarik dengan kejayaan Manchester City ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama musim ini selepas menewaskan West Brom 5-0 di The Hawthorns awal pagi tadi.

City bermula perlahan musim ini tetapi kini telah memenangi 11 perlawanan berturut-turut dalam kesemua kejohanan -- yang terbaru memaparkan aksi  kukuh membelasah The Baggies dengan empat gol sepanjang babak pertama.

Kemenangan itu melonjakkan skuad bimbingan guardiola itu ke tangga teratas EPL dan walaupun Manchester United akan kembali memintas sekiranya menewaskan Sheffield United awal pagi esok, City masih berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Turun naik kedudukan itu tidak menarik minat Guardiola memandangkan saingan musim ini baru separuh jalan.

"Perkara terakhir yang saya mahu fikirkan adalah kedudukan liga," kata pengurus City itu.

"Kini saya hanya mahu pulang ke rumah dengan selamat, berehat selama beberapa hari sebelum bertemu Sheffield United, hanya itulah tumpuan saya.

"Hari ini baru penamat separuh pertama -- kami masih ada 19 perlawanan, marathon yang panjang. Kami akan keciriran mata. Kami akan tewas dalam perlawanan.

"Apa yang penting, apa jua berlaku, terus bertenang -- sama seperti ketika kami berada di tangga ke-12 liga.

"Kami perlu faham mengapa kami tidak memenangi perlawanan dan segera memenangi perlawanan berikutnya. Hanya itu yang saya fikirkan," katanya.
 
City kini menjadi pasukan kesembilan pernah menduduki tangga teratas musim ini, statistik yang mendorong Guardiola untuk berkata: "Ini adalah EPL. Selamat datang, ini adalah EPL.

"Ia amat sukar. Anda dapat melihat pasukan yang amat menonjol, kemudian lihat kepada West Ham dan betapa mereka melalui musim yang hebat. Leicester kelihatan tidak terkalah, begitu juga pasukan lain.

"Ia amat sukar, amat sukar untuk semua orang dan setiap perlawanan amat rumit.

"Amat penting untuk memiliki rekod yang baik dan berkata, 'OK, ini adalah sebabnya mengapa kami di sini, sekarang perlawanan seterusnya'," katanya lagi.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video