Bekas pemain Barcelona, Neymar Junior (Jr), menegaskan bahawa dia akan terus bermain bola sepak sehingga dia sendiri merasakan tidak boleh beraksi seperti yang dia mahukan.
Pemain berusia 33 tahun itu menandatangani lanjutan kontrak dengan Santos sehingga akhir tahun, dengan pilihan untuk melanjutkan lagi perjanjian itu sehingga Piala Dunia 2026.
Sejak meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada 2023, bintang Brazil itu hanya membuat 14 penampilan liga semasa beraksi dengan kelab Arab Saudi, Al-Hilal, dan Santos kerana kerap dibelenggu kecederaan.
Pemain sayap itu tidak beraksi untuk pasukan kebangsaannya sejak Oktober 2023, apabila dia mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) menentang Uruguay.
Walaupun bergelut untuk mendapatkan semula prestasi, cinta Neymar terhadap bola sepak tidak terjejas sehingga dia mempertimbangkan untuk bersara.
"Apa yang mendorong saya ialah cinta yang masih saya rasakan untuk bola sepak.
“Keinginan yang saya rasakan untuk bermain, berada di atas padang, itulah yang mendorong saya setiap hari untuk bangun dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Cinta yang saya rasakan untuk bola sepak tidak akan pernah berakhir. Ia akan kekal bersama saya sepanjang hayat saya.
"Karier bola sepak saya akan berakhir, nama saya akan kekal dalam sejarah, pemain dan generasi lain akan datang dan pergi. Saya selalu mengatakan bahawa orang yang mengenali saya adalah yang penting," katanya.

Onde tudo começou. Onde nunca vai acabar! ?
— Santos FC (@SantosFC) June 30, 2025
A coletiva completa você assiste em https://t.co/SC0v0b1HQY
Tá na @loovibrasil, tá seguro! pic.twitter.com/q97htcEtZn