SERIE A
Christian Pulisic sah berkelana ke AC Milan
Christian Pulisic menyertai rombongan pemain yang meninggalkan Chelsea pada musim panas ini selepas melengkapkan perpindahan ke AC Milan.
Pemain tengah berusia 24 tahun itu telah memeterai kontrak bersama kelab gergasi Serie A berkenaan sehingga 30 Jun 2027 dengan pilihan untuk melanjutkan setahun lagi.
Pulisic menghabiskan empat tahun di Stamford Bridge selepas tiba dari Borussia Dortmund pada 2019 dengan membuat 145 penampilan dan menjaringkan 26 gol buat The Blues.
Iklan
Salah satu daripada gol itu ialah ketika menentang Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) 2021 untuk membantu Chelsea ke final.
Pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu juga memenangi Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab bersama The Blues pada musim berikutnya.
Pulisic, yang telah membuat 60 penampilan untuk negaranya dan membantu mereka mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia tahun lalu akan bergandingan dengan bekas rakan sepasukan di kelab London tersebut, Ruben Loftus-Cheek, yang menyertai Milan bulan lalu.
Mereka merupakan antara beberapa pemain senior seperti Mason Mount, Kai Havertz, Cesar Azpilicueta, Mateo Kovacic dan Kalidou Koulibaly yang meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini di bawah pengurus baru Mauricio Pochettino,
Must-Watch Video