Skip to main content

Bola Sepak

Christian Pulisic arkitek kemenangan AC Milan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ac-milan.jpg
BOLOGNA 0 MILAN 2 

Pengurus AC Milan, Stefano Pioli, tiada keraguan terhadap Christian Pulisic selepas menyaksikannya menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 di laman Bologna, awal pagi tadi. 


Olivier Giroud membuka tirai jaringan apabila bergandingan dengan Pulisic selepas 11 minit permainan dan pemain Perancis itu kemudian membalas budinya dengan satu bantuan jaringan untuk pemain Amerika Syarikat (AS) berkenaan menggandakan kedudukan 2-0. 

Pulisic bergelut untuk mempamerkan prestasi meyakinkan di bekas kelab Chelsea tetapi bercakap kepada DAZN, Pioli memuji pembelian barunya itu.

“Saya fikir lebih kerap anda memberikan bola kepada pemain yang berkualiti, lebih tinggi peluang anda untuk menjaringkan gol. Tidak kira sama ada Rafael Leao mahupun yang lain,” katanya selepas perlawanan.

 

“Kami perlu bekerja lebih keras untuk mencari keseimbangan yang lebih baik, tetapi mereka yang baru dibeli pastinya tahu permainan bola sepak dan di sini adalah tempat yang baik untuk memulakan langkah itu.

"Kami hanya sempat mengatur empat perlawanan persahabatan dan ini adalah perlawanan pertama musim ini, jadi ada tugas yang perlu dilakukan tetapi kami sedang meniti landasan yang tepat ."

Advertisement

Must Watch Video