Gol separuh masa pertama daripada Jadon Sancho dan Marcus Rashford membantu pasukan yang dikemudi Erik ten Hag tersebut mendahului perlawanan di utara London itu.
Tetapi ketidakupayaan untuk mempertahankan kelebihan mereka memberi ruang buat Pedro Porro dan Son Heung-min memastikan satu mata dalam perlawanan pertama yang dikendalikan pengurus sementara, Ryan Mason.
Ia bukan kali pertama pada musim ini yang menyaksikan United membiarkan diri mereka membenarkan kebangkitan lawan, lantas Eriksen mengakui mereka gagal mengawal tempo permainan.
"Saya rasa kami telah mengendurkan sedikit permainan," katanya kepada BT Sport.
⏹ The points are shared in north London.#MUFC || #TOTMUN
— Manchester United (@ManUtd) April 27, 2023
"Itulah masalah kami. Saya fikir ia pernah berlaku dalam beberapa perlawanan di mana kami kelihatan garang tetapi tidak mampu mengekalkannya.
"Saya rasa kami kehilangan sedikit tenaga, sedikit kawalan dan pihak lawan mula beroleh keyakinan dan situasi pun berubah.
"Begitulah yang biasa berlaku. Apabila anda ketinggalan 0-2, apa sahaja boleh berubah dengan pantas.
"Kami tidak mempunyai kawalan untuk membunuh mereka dan kami memberi mereka peluang untuk menjaringkan gol pertama.
"Detik itu memberikan mereka kepercayaan."