Christian Eriksen belum sedia tinggalkan Manchester United


Julai 27, 2024 09:25 MYT
Christian Eriksen tidak terburu-buru untuk menentukan masa depannya walaupun memasuki tahun terakhir kontraknya di Manchester United.
Eriksen menyertai The Red Devils pada 2022 dengan membuat 28 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam musim pertamanya sebelum kecederaan pada Januari 2023 menyekat rentak permulaan cemerlangnya di Old Trafford.
Berikutan Kobbie Mainoo berjaya menyerlahkan bakatnya untuk mengimbangi bahagian tengah musim lalu, Eriksen sekadar membuat 12 permulaan dalam 22 penampilan liga sambil hanya sekali menemui sentuhan pemusnah dan mencipta dua hantaran gol.
Beberapa laporan mencadangkan Eriksen mungkin akan dipinjamkan ke bekas kelabnya, Ajax, dalam tahun terakhir kontraknya, namun dia menegaskan dia gembira di Manchester.
"Saya sangat gembira di United," katanya.

See you on the other side, Reds ?#MUFC || #MUTOUR24 pic.twitter.com/knMaE44DEM

— Manchester United (@ManUtd) July 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya telah mengharungi dua tahun yang sangat baik dan akan memasuki tahun ketiga.
"Ini adalah sebuah kelab yang istimewa dan tempat istimewa. Selain itu, keluarga saya menetap di Manchester, jadi saya tidak pula tergesa-gesa.
"Saya sememangnya mahu beraksi sekerap mungkin dan melakukan segala hal yang saya mampu. Tetapi ia tiada kaitan dengan kelab -- terpulang kepada anda dan pengurus.
"Tetapi daripada segi perasaan, saya berasa sangat seronok di United."
;