LALIGA

Christensen 'hasut' Azpilicueta, Alonso ke Barcelona

Shaiful Shamsudin 08/07/2022 | 03:11 MYT
Andreas Christensen berharap dia bukanlah satu-satunya pertahanan yang bakal meninggalkan Chelsea untuk berkelana ke Barcelona sambil Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso turut dikaitkan ke kelab Catalan itu.
Christensen diperkenalkan sebagai muka baru Barca awal pagi tadi selepas meninggalkan Stamford Bridge pada akhir kontraknya.
Pemain antarabangsa Sepanyol, Azpilicueta dan Alonso, juga dikaitkan dengan gergasi Camp Nou berkenaan, lantas Christensen mendedahkan dia sempat mengadakan perbincangan dengan kedua-dua rakannya itu.
“Saya telah bercakap dengan mereka dan memberitahu mereka bahawa saya akan ke Barca,” katanya dalam sidang akhbar.
“Mereka adalah rakan yang hebat dan saya harap masih berkesempatan beraksi di samping mereka.
"Saya belum lagi bertemu rakan sepasukan saya di sini, yang mempunyai banyak kualiti tetapi saya mahu terus bermain dengan Azpilicueta dan Alonso pada musim depan."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penasihat Sukan Barca, Jordi Cruyff, juga ditanya mengenai pasangan The Blues itu lalu mengulas: "Memang benar bahawa perubahan pemilikan di Chelsea telah menangguhkan segala-galanya.
“Kami ingin mengukuhkan beberapa posisi dan kami sudah mempunyai beberapa calon.
“Apa yang paling mengejutkan saya ialah semua pemain membuka mata apabila mendengar nama Barca dan sanggup kehilangan wang demi menyesuaikan diri dengan tangga gaji di sini.
"Kami berbangga dapat melihat bagaimana orang ramai sanggup menolak tawaran lebih tinggi untuk datang ke kelab ini. Struktur gaji baru haruslah adil dan stabil.
"Kami tidak mahu menyebut sebarang nama kerana mereka masih mempunyai kontrak dengan kelab masing-masing tetapi memang benar kami sedang mencari peluang bagi memantapkan posisi yang kami anggap sebagai asas."
#Barcelona #Andreas Christensen
;