Chinese Taipei harapkan 80 ribu kehadiran penyokong di Bukit Jalil

Afiq Azfar
Jun 11, 2024 13:53 MYT
Pasukan Chinese Taipei mengharapkan 80 ribu kehadiran penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Memetik kenyataan ketua jurulatih Chinese Taipei, Gary White setibanya di Malaysia, pasukan mereka bukan sahaja perlu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun kebarangkalian untuk mengatasi tekanan yang akan dirasai mereka apabila bermain di hadapan 80 ribu penyokong Harimau Malaya.
"Ini bukan sesuatu yang mudah, jangkaan untuk bermain di hadapan sorakan 80 ribu penyokong Malaysia di laman sendiri. Justeru itu, kami telah mempersiapkan fizikal dan mental kami sebelum perlawanan ini. Kami harap pemain-pemain kami tidak akan tertekan" ujarnya.
Perlawanan terakhir kumpulan ini akan menjadi penentu untuk Harimau Malaya sama ada layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 & mengisi slot ke Piala Asia 2027, ataupun sebaliknya.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, anda boleh mengikuti perlawanan ini secara langsung di saluran Astro Arena 801 & 803 dan live streaming menerusi aplikasi Astro GO pada jam 9 malam dengan pra-rancangan pada 8 malam.
#Harimau Malaya #Kelayakan Piala Asia #kelayakan Piala Dunia #Chinese Taipei
;