BOLA SEPAK
Chin Aun tidak kisah siapa jadi presiden FAM
Bekas kapten skuad negara, Datuk Soh Chin Aun, berpandangan dua calon bagi jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu ada aspirasi ikhlas membantu bola sepak negara dan tidak sekadar untuk kepentingan peribadi.
"Tidak kira siapa mahu jadi presiden FAM, yang penting orang itu mesti jujur. Dia harus fikir mengenai bola sepak Malaysia," katanya. "Dia perlu fikir bagaimana kita mahu mengubahsuai untuk kebaikan bola sepak negara kita,."
Chin Aun turun berasakan individu yang bakal memperoleh mandat mengetuai FAM sebenarnya mendukung harapan setiap rakyat, khususnya terhadap prestasi dan reputasi skuad senior kebangsaan.
Iklan
Selain memperbaik pengurusan dalaman FAM, keputusan positif daripada skuad kebangsaan akan membuktikan keberkesanan pucuk pimpinan baru badan induk itu.
"Bagi saya, kita tidak boleh pergi ke bawah lagi. Bagaimana sekalipun, sesiapa yang menjadi presiden diharap dapat membuat sesuatu untuk menaikkan nama Malaysia," tambahnya.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sr Annuar Musa, akan bertanding merebut jawatan presiden dalam Kongres FAM, 25 Mac depan.
Must-Watch Video