Skip to main content

Bola Sepak

Chiellini terlepas aksi berdepan Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2917giorgio-chiellini.jpg
Giorgio Chiellini terlepas aksi kelayakan Itali berdepan Sepanyol dan Israel kerana mengalami kecederaan buku lali.

Pertahanan Juventus itu mengalami kecederaan tersebut ketika menjalani latihan dan telah kembali ke Turin untuk menjalani proses pemulihan.

"Chiellini tidak dapat beraksi untuk skuad bimbingan Gian Piero Ventura untuk pertemuan berdepan Sepanyol dan Israel," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).

"Pertahanan Juventus ini mengalami kecederaan buku lali kanan dan dia telah meninggalkan kem latihan untuk menjalani proses pemulihan di Turin."

Masih tiada lagi tarikh untuk Chiellini kembali beraksi dan berkemungkinan besar terlepas aksi Serie A bertemu Chievo pada 9 September.

Itali berada di kedudukan kedua Kumpulan G selepas enam perlawanan, mengumpul enam mata dan akan membuat perhitungan dengan Sepanyol di Santiago Bernabeu, hari ini.
 

Advertisement

Must Watch Video