Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea tak sangka Tomas Soucek mudah rebah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chelsea.jpg
Pengurus Chelsea, Graham Potter, secara sinis memuji pemain West Ham, Tomas Soucek, kerana melakukan 'aksi menyelamat dengan baik" yang agak misteri memandangkan terlepas daripada hukuman sepakan penalti ketika seri 1-1, malam tadi. 

Bekas pertahanan Chelsea, Emerson Palmieri, membatalkan gol pembukaan Joao Felix di Stadium London itu sebelum video bantuan pengadil (VAR) menjadi tumpuan utama.

Pada awalnya, teknologi itu menyelamatkan The Blues pada minit ke-82 apabila gol Soucek tidak dikira berikutan Declan Rice berada di kedudukan ofsaid ketika dalam rebutan sepakan percuma. 

Kemudian, Chelsea yakin mereka akan dihadiahkan sepakan penalti apabila Soucek menghalang percubaan Conor Gallagher dengan tangannya. 

Menurut laporan, PGMOL -- badan yang bertanggungjawab untuk menugaskan pegawai perlawanan dalam bola sepak Inggeris -- berkata keputusan itu adalah tepat kerana menganggap lengan Soucek telah dihulurkan kerana sedang terjatuh. 

Insiden itu tidak perlu disemak menerusi VAR memandangkan keputusan pengadil, Craig Pawson, dianggap memuaskan dan walaupun Potter pada mulanya agak tenang mengenai kontroversi berkenaan, dia tetap meluahkan sindiran dalam sidang akhbar selepas perlawanan tersebut. 

"Saya fikir ia adalah aksi menyelamat yang baik jadi kadang-kadang kami memerlukan penjaga gol untuk meraih mata," katanya kepada pemberita.




"Ia tidak diberikan jadi tiada apa yang boleh saya katakan. 

"Saya hanya melihatnya secara ringkas ketika berjalan melintasi televisyen. Ia kelihatan pernah terjadi dan sepakan penalti diberikan dan saya tidak fikir ia (peraturannya) telah berubah.

"Tetapi ia tetap tidak diberikan jadi saya tidak tahu.

"Ia kelihatan bola terkena kepada tangan bagi saya. Saya tidak tahu Tomas boleh rebah semudah itu dan menyelamatkan bola seperti itu. 

"Ia adalah satu hadangan yang baik daripadanya. Bukan hak saya untuk mengatakan tentang VAR."

Advertisement

Must Watch Video