Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea sahkan Hazard berehat tiga bulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eden-hazard-060617.jpg
Eden Hazard dijangka terlepas aksi awal musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menjalani pembedahan pergelangan kaki yang akan mengetepikannya dalam tempoh tiga bulan, umum Chelsea. 

Hazard ditimpa kecederaan itu semasa berlatih bersama pasukan Belgium, yang menyisihkannya dalam aksi menentang Republik Czech, awal pagi tadi, serta kelayakan Piala Dunia dengan Estonia, pagi Sabtu ini. 

Bintang di bahagian serangan itu menjalani pembedahan di bahagian buku lali kanan dan Chelsea menganggarkan dia tidak akan dapat turun berlatih sehingga September depan, secara tidak langsung bakal terlepas aksi awal musim baru nanti. 

"Pembedahan pergelangan kaki saya berjalan dengan lancar, kini saya akan menjadi pemulihan," umum Hazard menerusi laman sosial Instagram peribadinya. 

"Saya akan kembali dengan lebih kuat. Terima kasih di atas sokongan semua orang!!"

 

Advertisement

Must Watch Video