Tiemoue Bakayoko adalah baik untuk Chelsea tetapi juara Liga Perdana Inggeris itu memerlukan lebih ramai ketibaan pemain sebelum musim baru, menurut bekas pertahanan kelab, Marcel Desailly.
Bakayoko adalah pembelian kedua Antonio Conte dalam jendela perpindahan, dengan pemain tengah itu menyertai pasukan dari Monaco menerusi yuran perpindahan bernilai £40 juta (RM224 juta) selepas pemain pertahanan Roma, Antonio Rudiger, turut ke Stamford Bridge.
Desailly berkata rakan senegara Perancis, Bakayoko, akan segera bermain di Chelsea tetapi meminta kelab itu lebih aktif dalam jendela perpindahan setelah melepaskan bekas penyerang, Romelu Lukaku, yang kemudian menyertai Manchester United dari Everton untuk £75 juta (RM321 juta).
"Dia akan menyesuaikan diri dalam sistem, dia juga boleh menonjolkan dirinya dan masuk ke dalam pasukan yang memiliki taktikal sangat teratur. Jadi, dia boleh menyesuikan diri cepat," kata Desailly kepada Omnisport.
"Saya yakin dia akan menyesuaikan diri dengan sistem itu dan dia akan membawa Chelsea ke tahap yang berbeza. Jadi, saya sangat gembira, sangat gembira.
"Tetapi kami memerlukan lebih ramai lagi. Kami memerlukan lebih ramai jika ingin bersaing dalam dua pertandingan yang berbeza, Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris."

Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Sabtu, 13 Dis
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 14 Dis
01:30 AM
04:00 AM
10:00 PM
10:00 PM
10:00 PM
10:00 PM
Isnin, 15 Dis
12:30 AM
Selasa, 16 Dis
04:00 AM