Chelsea dan Real Madrid bersetuju dengan perjanjian untuk penyerang, Alvaro Morata, bagi menyertai juara Liga Perdana Inggeris itu.
Perpindahan yang dilaporkan bernilai £70 juta (RM391 juta) itu tertakluk kepada persetujuan Morata dengan syarat peribadi dalam kontrak lima tahun dan menyelesaikan ujian perubatan.
Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 24 tahun itu dijadual tiba selepas kelab Stamford Bridge itu gagal dalam menandatangani semula Romelu Lukaku, yang menyertai Manchester United dari Everton dengan yuran £75 juta (RM419 juta).
Penyerang Torino, Andrea Belotti, dan penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang, juga dikhabarkan berada dalam senarai sasaran Antonio Conte, dengan Morata pada mulanya dikatakan telah bersetuju untuk menyertai United sebelum mereka menyambar Lukaku.
Ketibaan Morata akan mengurangkan kerisauan mengenai kekosongan yang mungkin ditinggalkan Diego Costa, yang belum bersama Chelsea dalam lawatan pra-musim mereka ke China dan Singapura selepas dipinggirkan Conte untuk berada dalam gambaran kesebelasan utama.
Jangkaan untuk kembali ke Atletico Madrid bagi Costa adalah rumit dengan skuad LaLiga bimbingan Diego Simeone itu tertakluk kepada larangan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Morata kembali ke Real Madrid dari Juventus sebelum musim 2016-17 dan menjaringkan 15 gol dalam 26 penampilan liga untuk juara Sepanyol dan Eropah itu walaupun dia hanya membuat 14 penampilan.
Dia menyertai Juventus sebelum Conte meninggalkan kelab itu untuk mengambil tampuk pimpinan pasukan kebangsaan Itali pada Julai 2014, serta menjaringkan 27 gol dalam 93 perlawanan untuk gergasi Serie A itu.
Conte mendapat ganjaran kontrak yang lebih baik semalam selepas memenangi gelaran dalam musim pertamanya di Chelsea tetapi perjanjian baru itu tidak melanjutkan tempoh tiga tahun daripada kontrak asal yang ditandatangani pada 2016.