Penyerang England itu merupakan antara penjaring terbanyak The Blues dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan 14 gol sementara Mohamed Salah (18), Erling Haaland (16) dan Alexander Isak (15).
Palmer yang menjadi tumpuan utama di Stamford Bridge sejak ketibaannya dari Manchester City pada September 2023 telah terlibat secara langsung dalam 53 jaringan (36 gol dan 17 bantuan gol) dalam 50 perlawanan liga bersama Chelsea.
Bagaimanapun, Maresca mungkin terpaksa melupakan khidmat pemain berusia 22 tahun itu yang tidak menyertai latihan semalam selepas mengalami kecederaan di buku lalinya ketika seri 2-2 dengan Bournemouth, Rabu lalu.
Enzo Fernandez, Romeo Lavia dan Levi Colwill turut tidak mengambil bahagian dalam sesi itu.
"Kami berlatih tanpa Cole hari ini," katanya kepada pemberita ketika sidang media pra-perlawanannya.
Monday night football. 🔜 pic.twitter.com/HChiYoo5aH
— Chelsea FC (@ChelseaFC) January 17, 2025
“Levi juga tiada dalam sesi hari ini, begitu juga Enzo dan Romeo.
“Jadi, kami ada tiga atau empat pemain yang khidmat diragui untuk perlawanan seterusnya dan perlawanan terakhir menjadi puncanya.
"Cole di sepak di bahagian buku lali dalam babak pertama menentang Bournemouth.
"Dia dapat tidak berlatih hari ini dan kami tidak pasti adakah dia akan berlatih esok atau dalam tempoh dua hari.
"Ia situasi yang sama dihadapi Enzo, Levi dan Romeo."