Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea di landasan tepat -- Enzo Fernandez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

enzo-fernandez_1tk17btn8d71g1v1t6afy20k2a.jpg
Chelsea berada di landasan yang betul di bawah kendalian Graham Potter, kata Enzo Fernandez selepas mereka mengesahkan tempat suku akhir Liga Juara-Juara mengatasi Borussia Dortmund.

Gol daripada Raheem Sterling dan Kai Havertz membantu mereka bangkit daripada ketinggalan defisit jaringan perlawanan pertama untuk The Blues untuk memastikan kemenangan 2-0 semalam di Stamford Bridge dan kemenangan agregat 2-1.

Selepas beberapa bulan yang mengecewakan untuk Potter yang menyaksikan bekas bos Brighton and Hove Albion itu menghadapi tekanan yang semakin meningkat, keputusan itu menandakan kemenangan berturut-turut buat kali pertama pada 2023.

Dengan peningkatan ini, Fernandez berasakan kelab itu menuju ke arah yang betul di bawah pengendali kelahiran England itu, dan berkata mereka mesti kekal dengannya.

"Kami akan kekal di laluan ini, dan kami terus berharap keadaan akan terus bertambah baik," kata Fernandez.

"Ia adalah rancangan hebat daripada jurulatih kami untuk perlawanan itu. Kami mempunyai kepercayaan bahawa pasukan boleh melakukannya.

"Kami mempunyai lebih pemain yang telah berusaha keras untuk pasukan sehingga hari ini dab kami perlu meneruskan dan mengikuti rancangan yang telah ditetapkan."

 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 20 Jan
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Club Brugge-team-logo Club Brugge

Topik Berkaitan

Must Watch Video