Chelsea telah menyumbangkan sebahagian daripada bonus kemenangan Piala Dunia Kelab kepada keluarga mendiang Diogo Jota dan abangnya, Andre Silva.
The Blues dan barisan pemainnya sepakat untuk menyumbangkan hasil bonus Piala Dunia Kelab itu -- membenam Paris Saint Germain 3-0 dalam aksi perlawanan akhir -- kepada keluarga Jota.
Idea itu dicetuskan Pedro Neto, salah seorang rakan rapat penyerang Liverpool itu yang kini mewakili Chelsea.
Malah, mereka merupakan rakan sepasukan di kem Portugal dan ketika di Wolves.
Sejumlah $15.5 juta (RM65.3j) daripada $114.6j (RM483.3j) kemenangan kelab daripada kejohanan yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS) itu telah diperuntukkan kepada pemain yang terlibat dan sebahagiannya akan disumbangkan.