Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea curi tiga mata di Watford, kata Tuchel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ziyech.jpg
WATFORD 1 CHELSEA 2

Tomas Tuchel berasakan Chelsea telah "mencuri tiga mata" dalam kemenangan 2-1 ke atas Watford di laman lawan itu awal pagi tadi.

The Blues tidak memaparkan aksi seperti kebiasaan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Vicarage itu, di mana mereka hanya menyempurnakan 71 peratus hantaran -- rekod ketepatan hantaran terendah dalam kesemua kejohanan sejak di bawah bimbingan Tuchel dan rekod terburuk mereka sejak perlawanan liga menentang Liverpool pada Mei 2018.

Mason Mount meletakkan Chelsea di depan selepas perlawanan dihentikan selama 30 minit berikutan insiden seorang penyokong mengalami serangan jantung -- Watford kemudian mengesahkan penyokong mereka itu berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, Emmanuel Dennis muncul pemain Watford pertama menjaringkan gol dalam tiga perlawanan liga berturut-turut sejak Troy Deeney malkukannya pada 2017 dengan meledakkan gol penyamaan tuan rumah sebelum waktu rehat.

Skuad bimbingan Tuchel itu kelihatan akan keciciran mata buat kali ketiga dalam empat perlawanan terakhir tetapi pemain gantian, Hakim Ziyech, meledakkann gol liga pertamanya musim ini bagi memastikan Chelsea meraih kemenangan ketiga berturut-turut di Vicarage Road buat kali pertama sepanjang sejarah mereka.
 
"Kami mencuri tiga mata. Kita tidak perlu bercakap mengenai perkara itu. Ia rasa amat-amat baik, ia sudah pasti tiga mata yang amat penting. Buat kali pertama ia rasa seperti kami menang kerana tuah," kata Tuchel kepada Amazon Prime.

"Ia bukan kami. Kami benar-benar tidak bersedia untuk perlawanan hari ini. Mungkin saya terlepas pendekatan yang tepat untuk memastikan pasukan saya bersedia.

"Kami terpaksa berehat berikutan satu keadaan yang amat menyedihkan -- harap-harap pesakit itu semakin pulih dan harap-harap kita memberikan cukup masa untuk memastikan mereka selamat.

"Apapun, waktu rehat selepas minit ke-11 itu tidak mengubah pendekatan kami. Kami tidak dapat mengawal tekanan sewaktu bola pertama dan kedua.

"Kami melakukan banyak perubahan, saya mengakui perkara itu tetapi kami melakukan terlalu banyak kesilapan. Ia tidak menjadi semakin baik. Satu-satunya perkara yang kami boleh lakukan adalah bertahan dan fokus kepada perkara-perkara mudah. Ia kemenangan bernasib baik," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video