Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea buru trofi! Mara ke separuh akhir Piala Liga Inggeris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chelsea.jpg
Kieran Trippier mengalami mimpi ngeri di Stamford Bridge dalam perlawanan yang menyaksikan Chelsea mara ke separuh akhir Piala Liga Inggeris menerusi penentuan sepakan penalti.

 

Gol Callum Wilson pada minit ke-16 tampak seperti akan menghantar Newcastle ke slot empat pasukan terakhir sehinggalah pemain gantian Mykhailo Mudryk, menghukum kesilapan pemain pertahanan veteran itu di masa kecederaan untuk mengheret permainan kepada sepakan penalti.

Pemain berusia 33 tahun itu, mengalami kemerosotan prestasi baru-baru ini, kemudian gagal menyempurnakan penalti kedua Newcastle dan penjaga gol The Magpies, Djordje Petrovic menyelamatkan sepakan penalti daripada Matt Ritchie.

Tampak kejam terhadap Trippier, seorang pemain yang pamer prestasi cemerlang dibawah kendalian Eddie Howe, tetapi keraguannya untuk membuat 'clearance' memberikan Chelsea peluang keemasan yang diterima baik Mudryk.

Cole Palmer, Conor Gallagher, Christopher Nkunku dan Mudryk semuanya melakukan sepakan penalti tepat sasaran untuk Chelsea tetapi hanya Callum Wilson dan Bruno Guimaraes berjaya menjaringkan penalti untuk Newcastle, yang turut mengalami kekecewaan selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

 

Undian untuk separuh akhir bakal berlangsung selepas perlawanan Liverpool dan West Ham pada hari Rabu, dengan perlawanan pertama bakal dimainkan pada minggu bermula 8 Januari.

   
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video