Chelsea belum sedia gugat Manchester City, Arsenal -- Maresca

Shaiful Shamsudin
Oktober 5, 2024 09:39 MYT
Enzo Maresca menjelaskan bahawa Chelsea masih belum bersedia untuk bersaing merebut trofi utama dengan Manchester City dan Arsenal musim ini.
The Blues telah memulakan langkah cemerlang di bawah kendalian Maresca apabila hanya tewas dua daripada 10 perlawanan setakat ini.
Mereka telah mencatat lima kemenangan dan yang terbaru menumbangkan Gent 4-2 dalam perlawanan pembukaan Liga Persidangan, kelmarin.
Setakat ini, Chelsea telah menyumbat 27 gol di bawah kendalian pengurus berbangsa Itali itu dengan 15 daripadanya hadir daripada liga selain hanya gagal menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang City.
Bagaimanapun, Maresca menegaskan orang ramai tidak boleh terpengaruh dengan prestasi terbaru Chelsea apabila cuba merendahkan jangkaan terhadap peluang mereka untuk menjulang sebarang trofi kempen ini.
“Saya benar-benar tidak fikir kami boleh bersaing dengan City atau Arsenal,” kata bekas pelatih Leicester City itu.

?#CFC | #UECL pic.twitter.com/8C1LZj5YOj

— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya benar-benar tidak fikir begitu memandangkan kami masih belum bersedia. Sebabnya City telah bekerja dengan pengurus yang sama selama sembilan tahun sementara Arsenal lima tahun. Jika anda mahu bersaing untuk trofi utama, anda perlukan masa.
“Selepas Arsenal menewaskan PSG (Paris Saint-Germain) dalam UCL, mereka juga bertanya kepada Luis Enrique dan dia mengatakan perkara yang sama, iaitu Arsenal mempunyai pengurus yang sama selama lima tahun dan PSG hanya setahun setengah.
"Bayangkan kami, hanya tiga bulan. Jadi ia satu perbezaan yang besar. Jadi, saya benar-benar yakin kami belum mampu bersaing dengan kelab-kelab itu."
#EPL
;