Thomas Tuchel menyampaikan beberapa pesanan kepada barisan pemain Chelsea dalam satu pertemuan peribadi untuk meluahkan kekecewaannya selepas dibelasah Brentford dan Real Madrid.
Pengurus Chelsea itu mendedahkan pertemuan berkenaan berlangsung semalam dan dalam sesi itu dia hanya mahu pemain mendengar pandangannya.
Sesi sebegitu selalunya menawarkan perbincangan hati ke hati, tetapi kali ini Tuchel hanya mahu menyuarakan kekecewaannya dengan menunjukkan di mana kesilapan pasukannya, dan dia berkata pemain akan mendapat sokongannya apabila mereka cuba untuk kembali ke landasan sebenar.
"Sesi semalam bukan seperti perbincangan dalam mesyuarat. Ia lebih kepada saya yang memberikan pandangan," katanya dalam sidang akhbar malam tadi.
“Kadang-kadang ia juga perlu dilakukan.
"Kami sering mengambil kira pandangan pemain dengan sangat serius tetapi dalam dua perlawanan terakhir ini, saya fikir mungkin perlu melontarkan pandangan tetapi biarlah secara tertutup dan di dalam suasana di mana semua orang boleh menerima kritikan.
"Kami tidak menuding jari dan kami bukan mencari kesilapan sesiapa. Kami bersama-sama dalam perkara ini.
"Kami perlu menunjukkan beberapa perkara dalam permainan kami yang kami tidak berpuas hati dan bagaimana kami boleh bertahan dan beraksi dengan lebih baik."

Four in a big win St Mary's in #SouChe. ? pic.twitter.com/2v5P3nszt1
— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 8, 2022