Skip to main content

Bola Sepak

Che Rashid Che Halim tetap pilih NSFC jika setimpal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

che-rashid-che-halim_1.jpg
Pertahanan Negeri Sembilan FC, Che Rashid Che Halim pula menjadikan skuad The Jangs sebagai pilihan utama untuk pasukan yang akan ditabur khidmatnya bagi musim 2024/2025.

Namun, Che Rashid dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengakui segala keputusannya bergantung kepada dirinya apabila dia mengakui ada menerima beberapa tawaran daripada pasukan lain.

"Saya ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan juga buat masa sekarang ini, saya pun tengah berunding dengan mereka.

"Pertama sekali, saya akan pilih Negeri Sembilan dulu, tapi saya kena tahu banyak aspek seperti siapa pemain yang diambil.

"Kalau mereka ambil ramai pemain muda, pasukan itu tidak akan menjadi. Perlu ada pemain senior untuk beri tunjuk ajar.

"Semua pemain ada idam untuk bermain untuk skuad kebangsaan tidak kira liga divisyen berapa pun, mesti mereka ada hasrat yang sama.

"Nampak sukar, tapi tiada yang mustahil, InshaAllah,"kongsinya.

Che Rashid berjaya membuat 28 penampilan dengan satu bantuan jaringan sepanjang musim 2023 bersama skuad The Jangs.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video