Challenge Cup: Selangor, Kedah Darul Aman ancam hasrat PDRM pertahan kejuaraan
Shaiful Shamsudin
Disember 3, 2024 16:31 MYT
Disember 3, 2024 16:31 MYT
PDRM berdepan cabaran lebih besar dalam misi mempertahankan Challenge Cup musim ini menerusi penyertaan Selangor, Kedah Darul Aman
Sang Saka Biru merangkul gelaran berkenaan selepas menewaskan Kuching City dalam perlawanan timbal penentuan juara.
Namun, kelibat Gergasi Merah yang tersingkir dalam Unifi Piala Malaysia selepas ditundukkan Sri Pahang pastinya menambah kerancakkan pertandingan kalah mati itu yang bermula di peringkat suku akhir kelak.
Dalam masa sama, Kedah Darul Aman pastinya tidak merelakan episod terkandas awal musim lalu berulang apabila bakal menjadi tuan rumah kepada Kuala Lumpur Rovers terlebih dahulu.
Pemenang akan menempah aksi separuh akhir berdepan sama ada PDRM atau Melaka.
Selangor pula perlu melalui rintangan Kelantan Darul Naim (KDN) dalam aksi timbal balik, manakala Penang pula akan diuji PT Athletic di laman sendiri terlebih dahulu.