Skip to main content

Bola Sepak

Cerita anak petani ke bola sepak, pemain PDRM buat keluarga berbangga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kyawminoo.jpg
Pertahanan PDRM, Kyaw Min Oo, berkongsi latar belakang keluarganya sebelum berkelana ke Malaysia pada 2023 untuk menyertai Sang Saka Biru. 

Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain berusia 28 tahun itu menceritakan detiknya mewakili skuad kebangsaan Myanmar ketika bertanding dalam temasya Sukan SEA, sebelum ini. 

Kehadirannya ke Liga Super demi mendapatkan aksi kompetitif berbanding bersama Yangon United dalam kancah tempatan di negaranya. 

Kyaw Min Oo sudah mencatatkan 44 penampilan bersama bekas skuad Piala Cabaran itu dan menjaringkan satu gol. 




Tambahnya, dia meminati bola sepak sejak dari kecil meskipun tidak berminat untuk ke sekolah.

Namun, dia berasa gembira kerana menerima sokongan penuh daripada keluarganya untuk mengembangkan bakat dan karier. 

Min Oo merupakan anak petani dan keluarganya berkebun dan bercucuk tanam sebagai pekerjaan untuk menyara kehidupan seharian. 

Dengan nada berseloroh, Min Oo menganggap Kedah seperti kampung halamannya kerana dipenuhi dengan jelapang padi. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video