CEO Kelantan FC tekad teruskan perjuangan di sebalik penghinaan
Shaiful Shamsudin
November 27, 2023 17:37 MYT
November 27, 2023 17:37 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid, tekad berjuang dalam mengembalikan maruah kelab Pantai Timur itu.
The Red Warriors terus menjadi mangsa belasahan dalam Liga Super apabila kecundang 1-6 di Kota Bharu, malam tadi, sekali gus mencatat rekod dibolosi 108 gol Liga Super setakat ini.
Begitupun, Ahmad Muzakkir tetap mempertahankan pasukannya dalam satu hantaran di Facebook hari ini tatkala saingan berbaki dua perlawanan.
"Seburuk mana pasukan dihina, saya tetap berdiri teguh selagi saya CEO.
"Semampu mana saya berusaha, saya ingin buat balik penaja-penaja seperti mana saya berjaya buat ketika saya bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dahulu sehingga diswastakan," katanya.
Juara 2011 dan 2012 itu mencatat kekalahan terbesar di tangan Selangor FC 2-11.