Legenda Liverpool, Luis Garcia, terpegun dengan keupayaan yang dimiliki Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super, Arif Aiman Hanapi, selepas melihat persembahan bintang muda beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).
Sejurus dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terbaru kelab Harimau Selatan, bekas pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu teruja menyaksikan gaya permainan penyerang Harimau Malaya itu yang terus menjadi tunjang utama kepada juara Liga Super itu.
Tidak dinafikan, Arif Aiman melengkapi kriteria pemain handalan dunia seperti yang diulas bekas pemain Sepanyol itu.
Menurut laporan media tempatan, Luis Garcia tidak berselindung mahu melihat pemain negara berkelana di Sepanyol bagi meningkatkan potensi dan mencuri perhatian kelab-kelab besar.
"Saya berpeluang berjumpa Arif Aiman ketika berkunjung ke JDT, baru-baru ini.
"Salah seorang pemain terbaik dan berbakat di Malaysia pada usia yang sangat hebat.
"Ketika berumur 22 tahun, dia sangat istimewa.
"Dia memiliki kebolehan dan kelajuan untuk melakukan sesuatu berbeza dalam perlawanan.
"Ini adalah pemain yang diperlukan dalam sebuah pasukan pada masa kini," katanya ketika ditemui di The Glitch Kuala Lumpur.