Pengurus Celtic, Brendan Rodgers, bertekad untuk mengekalkan khidmat Dedryck Boyata dan juara Liga Perdana Scotland itu telah menolak tawaran yang dikemukakan Fulham untuk mendapatkan pertahanan itu.
Boyata memenangi trofi dalam setiap satu daripada tiga musim bersama Celtic sejak berhijrah daripada Manchester City pada 2015.
Namun, Fulham dilaporkan berminat untuk mendapatkan pertahanan Belgium itu yang telah beraksi dalam tiga perlawanan Piala Dunia 2018 dan membawanya kembali ke Liga Perdana Inggeris.
Bagaimanapun Rodgers menegaskan bahawa Celtic memerlukan khidmat Boyata yang masih memiliki baki kontrak sehingga 2019.
"Ya, kami menerima beberapa permintaan, termasuk tawaran daripada Fulham untuk Boyata," kata Rodgers.
"Dia adalah seorang pemain yang kami tidak boleh lepaskan. Kami tahu dia kini berada dalam tahun terakhir menerusi kontraknya. Boyata telah menjadi pemain yang hebat buat saya sejak hadir ke sini dan dia juga mengharungi kempen Piala Dunia dengan cemerlang.
"Sudah pasti dia pemain bernilai buat kami. Ketika ini, dia sangat penting buat pasukan dan Celtic telah menolak tawaran tersebut.
"Kami juga tidak akan mempertimbangkan sebarang tawaran untuknya ketika ini kerana sukar untuk kami mendapatkan pengganti pada saat-saat akhir."