Skip to main content

Bola Sepak

CelcomDigi STL: Melaka Titans ranapkan cabaran Terengganu Turtles di Larkin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mel.jpg
Melaka Titans menewaskan Terengganu Turtles 2-1 untuk bergelar naib juara Kumpulan B, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Johor di Stadium Larkin, sebentar tadi.

Melaka diperkuat trio terbaiknya diketuai Zaim Razali (pengumpan), Syahir Rosdi (tekong) dan Azlan Alias (perejam).  Sementara, Terengganu pula dibarisi Zulkifli Razak (tekong), Zulhusni Basri (pengumpan) dan Khairol Zaman (perejam).

Juara GP Kuala Lumpur itu mempersembahkan aksi yang menyakinkan dan lebih dominan dalam set pertama untuk menang 15-4, namun Terengganu mengheret Melaka ke set penentuan selepas mengakhir perlawanan 17-16 yang lebih sengit.





Begitupun, skuad kendaliuan Khairul Anuar kembali memperkemaskan corak permainan selepas tiga set dengan Azlan memperagakan permainan terbaiknya dalam 1 jam enam minit tempoh berlangsung.

Melaka Titans muncul naib juara Kumpulan B sekali gus mara ke klasifikasi tempat kelima dan kelapan GP Johor esok, sementara Terengganu di kedudukan terakhir tanpa sebarang kemenangan.

Negeri Sembilan muncul wakil Kumpulan B yang akan mara ke separuh akhir esok.

Advertisement

Must Watch Video