Skip to main content

Bola Sepak

Cavani terlepas aksi menentang Toulouse

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cavani-mbappe.jpg
Edinson Cavani bakal terlepas lawatan Paris Saint-Germain (PSG) ke Toulouse bagi saingan Ligue 1 hari ini selepas penjaring terbanyak kelab itu diketepikan.

Khidmat Cavani terpaksa dilupakan kerana kecederaan pinggul sambil PSG tidak memberi petunjuk sama ada pemain Uruguay berkenaan akan kembali dalam pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Real Madrid, minggu depan. 

Kylian Mbappe bersedia menghadapi Toulouse meskipun dikenakan penggantungan dua perlawanan susulan kad merah ketika menentang Rennes dalam separuh akhir Coupe de la Ligue -- penggantungan domestik penyerang itu berkuat kuasa pada Isnin depan dan ini bermakna dia akan terlepas pertemuan dengan Strasbourg pada 17 Februari.

Neymar direhatkan dalam kemenangan 4-1 di Sochaux itu tetapi pemain Brazil itu bakal kembali memperkuatkan PSG di samping Angel Di Maria, yang meledak hatrik dalam perlawanan itu -- hatrik sulungnya bersama pendahulu Ligue 1 itu.

Selain Cavani, Layvin Kurzawa menjadi satu-satunya pemain tercedera yang tidak hadir berikutan kecederaan paha.

Pemain tengah veteran, Thiago Motta, kembali selepas menderita kecederaan betis sementara Adrien Rabiot pulih dari masalah kecil di pinggulnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video