Skip to main content

Bola Sepak

Cavani dedah bergelut dengan kecederaan tendon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

edinson-cavani.jpg
Penyerang Manchester United, Edinson Cavani, mendedahkan bahawa dia mengalami kecederan tendon sehingga tidak dapat diturunkan ketika pasukannya tewas kepada Manchester City hujung minggu lalu.

Cavani terlepas aksi ketika United tewas 0-2 kepada City dalam perlawanan 'derby' di Old Trafford selepas menjaringkan gol ketika menentang Tottenham dan melakukan penampilan sebagai pemain gantian sewaktu bertemu Atalanta dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Nama penyerang itu juga tercicir daripada senarai pemain Uruguay bagi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Argentina dan Bolivia bulan ini berikutan kecederaan berkenaan.

Cavani berkata ia merupakan kecederaan sama yang dialaminya sewaktu pramusim tetapi tidak memberikan gambaran jelas mengenai kecederaan itu dan tempoh pemulihannya.

Penyerang itu berkata kepada El Observador: "Isunya adalah seperti ini. Sebelum memulakan musim, saya mengalami ketidakselesaan di bahagian tendon.

"Ia menyebabkan saya terpaksa berehat selama beberapa minggu sebelum mula mendapatkan beberapa minit (di atas padang) bersama pasukan saya.

"Saya terpaksa menyertai pasukan kebangsaan dengan sedikit kesakitan tetapi berharap ia akan hilang.

"Ia semakin membaik tetapi selepas perlawanan dengan Tottenham, ia kembali sakit.

"Ia kecederaan yang sukar dan saya memilih untuk menjalani rawatan agar ia tidak melarat dan saya dapat pulih secepat mungkin untuk pasukan saya dan skuad kebangsaan," katanya.

Cavani hanya memulakan dua perlawanan buat The Red Devils musim ini dan dimasukkan sebagai pemain gantian sebanyak enam kali selain menjaringkan satu gol ketika menentang Spurs.

United pula akan berdepan Watford di Vicarage Road pada 20 November ini.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video