Skip to main content

Bola Sepak

Catat empat penampilan musim lalu, Khuzaimi Piee tinggalkan Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khuzaimi.jpg
Adakah benar pertahanan Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee, akan kembali ke Negeri Sembilan, musim hadapan?

Pemain berusia 31 tahun itu sah meninggalkan naib juara Liga Super, Selangor, selepas dua musim bersama pasukan Lembah Klang itu.

Ekoran prestasi menakjubkan bersama The Jangs, Khuzaimi mengambil keputusan berpindah ke Gergasi Merah bagi terus mencabar dirinya bermain secara kompetitif.

Namun, kecederaan yang membelenggu dirinya memberi kesan negatif apabila jarang diturunkan dan kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Katsuhito Kinoshi itu. 

 

Khuzaimi sekadar beraksi sebanyak empat kali bersama Selangor musim lalu, dan secara keseluruhan mencatatkan 20 penampilan sejak ketibaannya di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan bekas pemain Melaka United itu akan pulang semula ke Paroi, tetapi masih belum ada pengesahan rasmi setakat ini.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video