Hellas Verona mengikat bekas pemain tonggak Itali, Antonio Cassano, yang kembali dalam kancah Serie A selepas semusim tidak mewakili mana-mana pasukan.
Cassano, yang pernah menyertai Real Madrid, Inter dan AC Milan, tidak beraksi sepanjang musim lalu susulan masalah kontrak dengan Sampdoria, namun menyertai Verona tanpa mendedahkan butiran perjanjiannya.
Penggempur berusia 34 tahun itu hanya pernah menyumbat lebih daripada sembilan gol sekali sahaja, iaitu pada musim 2009, namun dia berpeluang untuk mengulanginya selepas Verona layak dari Serie B.
"Hellas Verona mengumumkan telah memeterai perjanjian dengan Antonio Cassano," demikian menurut satu kenyataan Verona.
"Penyerang itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai sesi latihan pra-musim dengan Gialloblu."
Alessio Cerci, 29, turut menyertai Verona dengan kontrak selama semusim selepas dilepaskan oleh Atletico Madrid.