Skip to main content

Bola Sepak

Casemiro tidak akan ke Amerika Syarikat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

casemiro.jpg
Ketua jurulatih skuad Brazil, Dorival Junior, mengumunkan senarai 23 pemain menjelang kejohanan Copa America 2024 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (USA), Jun ini. 

Dikejutkan, pemain senior, Carlos Henrique Casemiro, bakal terlepas kejohanan berprestij ini selepas diketepikan atas faktor persembahan yang kurang memuaskan bersama Manchester United.

Bekas pemain Real Madrid itu sebelum ini sudah mengumpul 75 kaps bersama Brazil dan sedang bergelut dalam musim keduanya bersama The Red Devils 

Turut terlibat, penjaring terbanyak kejohanan Piala Dunia 2022, Richarlison de Andrade, juga tidak dipanggil atas faktor kecergasan yang membelenggu dirinya.

“Sebagai seorang pemain berpengalaman, Casemiro layak diberi penghormatan atas khidmatnya sebelum ini.

“Tetapi, ia tidak bermakna dia tidak akan terpilih pada masa akan datang. 

“Dia sudah mengetahui mengenai perancangan saya sebelum ini dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka," kata jurulatih berusia 62 tahun itu.

Advertisement

Must Watch Video