Carragher tegur kelancangan Amorim
Shaiful Shamsudin
Januari 21, 2025 10:37 MYT
Januari 21, 2025 10:37 MYT
Jamie Carragher menganggap komen pengurus Manchester United, Ruben Amorim, terhadap anak buahnya sebagai terburu-buru setelah kecundang kepada Brighton, semalam.
United tumbang 1-3 di Old Trafford setelah dibolosi 10 gol dalam perlawanan ke-22 liga berturut-turut -- kali pertama berlaku sejak 1989-90.
Amorim tidak berselindung apabila meluahkan kepada Sky Sports bahawa dia berpendapat mereka mungkin skuad paling teruk dalam sejarah Manchester United.
Carragher tidak berasakan bahawa pemilik kelab itu dari Amerika Syarikat (AS) terganggu tetapi keyakinan anak buahnya mungkin terguris dengan kenyataannya itu.
"Saya tidak mengenali Man Utd sebaik Gary Neville, tetapi kenyataan yang paling pelik dan mengarut yang pernah dikeluarkan," tulis Carragher kepada Sky Sports News.
6 - Manchester United have suffered their sixth home Premier League defeat of the season, their most from their opening 12 home matches of a league season since 1893-94 (7). Dismal. pic.twitter.com/cr3IEKRZvP
— OptaJoe (@OptaJoe) January 19, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Komen seperti itu seharusnya dibuat oleh pemerhati bola sepak, seseorang yang berada di posisi saya, dia sepatutnya mempertahankan pemainnya. Apa faedahnya yang dia akan dapat.
"Kita tahu betapa buruknya prestasi Man Utd. Mereka kalah lagi dan kali ini kepada Brighton yang melakukannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kita tahu betapa sukarnya musim ini, kita tahu mereka begitu pincang. Petikan ini akan menghantuinya sepanjang musim ini.
"Malah, dia sempat berkata kepada wartawan, 'Saya akan berikan tajuk berita besar kepada anda'.
"Mengapa anda mahu berbuat demikian sebagai pengurus, saya tidak pasti.
"Ia tidak akan membantunya daripada segi keyakinan untuk melangkah ke hadapan."