Skip to main content

Bola Sepak

Carlos Queiroz dilantik ketua jurulatih baru Qatar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

carlos-queiroz.jpg
Carlos Queiroz sah dinamakan sebagai ketua jurulatih baru Qatar.

Tuan rumah Piala Dunia 2022 itu tidak memiliki ketua jurulatih sejak memilih untuk tidak memperbaharui kontrak Felix Sanchez hujung tahun lalu.

Queiroz dipilih sebagai pengganti Sanchez selepas jodohnya bersama Iran tamat sebaik mereka tersingkir daripada Piala Dunia.

Ia merupakan kali ketiga bekas pengendali Real Madrid itu membawa Iran ke Piala Dunia walaupun dua era gemilangnya bersama negara itu turut disulami dengan tempoh hambar bersama Colombia dan Mesir.
 
 

Advertisement

Must Watch Video