Calvert-Lewin tamat kemarau jaringan bantu Everton ikat Newcastle

Ammar Hakim
April 3, 2024 08:05 MYT
Penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin, hadir sebagai pemain gantian untuk menafikan kemenangan Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan England itu melengkapkan sepakan penalti pada minit ke-87 -- jaringan pertamanya sejak Oktober -- untuk menafikan jaringan pembukaan pada separuh masa pertama Alexander Isak bagi memastikan perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan di St James’ Park ketika The Magpies dihukum kerana gagal melengkapkan deretan peluang terhidang.
Jaringan separuh masa kedua Dan Burn dibatalkan VAR kerana berada dalam kedudukan ofsaid dan kedua-dua pasukan saling menggegar palang lawan sebelum mereka terpaksa berkongsi mata.

?? pic.twitter.com/BNLaZXiuu0

— Everton (@Everton) April 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Everton #Newcastle United #Liga Perdana Inggeris #Dominic Calvert-Lewin