Skip to main content

Bola Sepak

Calon pemain naturalisasi Harimau Malaya samai rekod Indra Putra

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bergson.jpg
Penyerang berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, kini menyamai rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Liga Super yang dimiliki bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin, iaitu sebanyak 106 gol.

Dalam saingan Liga Super 2024/25 menyaksikan dia menutup kempen liga dengan menghimpunkan 105 gol, dan satu gol penting itu berjaya dilakarnya ketika membantu Harimau Selatan bangkit menewaskan Negeri Sembilan 5-3 semalam.

Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan: "All time scorer! Bergson menyamai rekod Indra Putra Mahayuddin - 106 gol!" katanya.



 

Pemain berusia 34 tahun itu telah meledak sebanyak 32 gol musim lalu.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut pernah menyatakan pendapat bahawa Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo boleh dinaturalisasikan untuk memperkuatkan Harimau Malaya.

"Disiplin adalah kuncinya, Insya-ALLAH boleh. Bergson boleh dinaturalisasikan untuk perancangan jangka pendek selepas cukup lima tahun beraksi di Malaysia.

"Hidalgo juga untuk perancangan jangka panjang bersama pemain yang lain. Semua pemain JDT juga sudah bersedia." katanya pada September lalu.
Redoxon

Kekal Kuat di Padang & Luar Padang!

Sama seperti stamina pemain bola kegemaran anda, kekalkan imuniti anda di tahap terbaik dengan Redoxon. Sesuai untuk gaya hidup aktif, jangan tunggu sampai jatuh sakit untuk mula ambil!


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Must Watch Video