Skip to main content

Bola Sepak

'Cakaplah apa pun, fokus kami hanya skuad kebangsaan bukan liga'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pssi.jpg
'Fokus PSSI hanyalah pasukan kebangsaan'

Itulah kenyataan yang diumumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, menegaskan bahawa perkembangan liga bola sepak Indonesia bukan di bawah tanggungjawab badan induk itu. 

Sebaliknya, Liga Indonesia Baru (LIB) diberi peranan khas untuk mengawal selia setiap pertandingan domestik membabitkan kelab. 

Perkara itu jelas menimbulkan persoalan peminat tempatan yang tidak bersetuju dengan Erick Thohir, kerana seperti tidak mengambil peduli situasi terkini industri tersebut di peringkat negara. 

Meskipun proses revolusi Sang Garuda menerima pelbagai pujian, termasuk kedatangan bintang warisan memperkuat skuad kebangsaan hasil usaha kepimpinan Erick Thohir, penyokong juga menyeru supaya Erick 'turun padang' melihat keperluan penambahbaikan liga Indonesia. 

 


Tegasnya, dia mahu meletakkan standard Indonesia tinggi sebaris pasukan ternama dunia supaya sentiasa bersaing dan dikenali. 

"Ada liga yang nilainya lebih tinggi berbanding pasukan kebangsaan itu sendiri.

"Jadi saya mahu mengangkat tinggi pasukan kebangsaan Indonesia itu jauh lebih tinggi supaya tidak ketinggalan," katanya.

Tambahnya, dia tidak menghiraukan sebarang impak negatif, malah percaya dengan visi serta empayar 'Team Nasional' yang dibinanya.

"PSSI tidak cakna dengan liga? 

"Ya, biarkan sahaja.

"Kerana saya lihat seluruh dunia setiap persatuan hanya menjaga pasukan kebangsaan," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video