Skip to main content

Bola Sepak

Caen hantar Lorient untuk ke play-off Ligue 1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

21517ronnyrodelin_1.jpg
PSG 1 CAEN 1

Ronny Rodelin muncul wira Caen apabila menjaringkan gol penyamaan 1-1 pada masa kecederaan untuk membantu pasukannya terlepas ujian play-off penyingkiran Ligue 1 di Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.


Rodelin mempunyai penalti yang diselamatkan oleh Kevin Trapp 15 minit sebelum tamat masa sebenar tetapi dia menerkam dari jarak dekat untuk membatalkan gol pembukaan Adrien Rabiot pada minit ke-13 untuk membuatkan Lorient berada di tangga ketiga tercorot.

Lorient yang dibimbing Bernard Casoni juga terikat 1-1 menentang Bordeaux di tempat sendiri tetapi kini perlu menentang skuad daripada Ligue 2, Troyes, untuk mengekalkan status liga utama mereka.

Gol pada minit ke-69 oleh Vincent Le Goff membatalkan jaringan pemain Bordeaux, Younousse Sankhare, dan kelihatan akan menyelamatkan Lorient sebelum Rodelin meledak untuk membantu Caen.

Caen memaksa Lorient bermain play-off Ligue 1 manakala Nancy dan Bastia jatuh ke Ligue 2.

Harapan terbaik Nancy pada hari terakhir adalah penebusan play-off selepas hanya menang satu daripada 15 perlawanan terakhir mereka.

Mereka mencatat prestasi memberangsangkan -- yang lama tertangguh -- dengan Alexis Busin, Modou Diagne dan Faitout Maouassa semuanya menemui sasaran dalam kemenangan 3-1 ke atas Saint-Etienne.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video