Skip to main content

Bola Sepak

Cabaran utama pemain tempatan bukan pelengkap mahupun ruang selesa -- CEO Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nsfc.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus Muhammad Rom, menegaskan bahawa perlu ada keseimbangan antara pemain tempatan dan import dalam satu pasukan.

Namun, menurutnya penekanan khusus wajar diberikan kepada bakat tempatan dengan membuktikan keupayaan sebenar mencuri tempat dalam skuad supaya berlaku persaingan sihat antara semua pemain. 

Liga Bolasepak Malaysia (MFL), mengumumkan kuota pemain asing dikurangkang kepada enam orang atas padang dengan tiga di bangku simpanan dalam satu masa sama untuk satu perlawanan.

Sementara pendaftaran 15 pemain import dikekalkan untuk satu musim. 

"Dengan enam pemain import dibenarkan di atas padang, cabaran utama ialah memastikan pemain tempatan tidak hanya menjadi pelengkap kuota. 

"Mereka perlu bersaing secara merit dan berada dalam persekitaran teknikal yang mendidik dan mencabar.

"Jika tidak disertai dengan pelaburan serius dalam pembangunan pemain tempatan, maka pengurangan satu slot import tidak akan membawa impak besar,” katanya.

Tambahnya, pengurangan slot tersebut membuka peluang sama rata kepada semua pemain tempatan untuk mendapatkan keyakinan barisan kejurulatihan dan perlu menggalas tanggungjawab sebaik mungkin.

"Di pihak NSFC, kami komited untuk beri kepercayaan kepada pemain tempatan yang menunjukkan mentaliti kompetitif.

"Kami tidak mahu mereka berada dalam kesebelasan utama hanya kerana ada ruang, tetapi kerana mereka layak. 

"Keseimbangan sebenar bermula apabila pemain tempatan mampu mengambil tempat pemain import, bukan sekadar diberi tempat,” ujarnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video